Waktu awal media sosial dahulu, semua orang berlumba-lumba membuat akaun. Kawan-kawan kita yang tak buat akaun atau tak mahu terlibat dalam dunia media sosial, kita gelarkan dia sebagai ketinggalan zaman. "Ketinggalan zaman lah kau..!"
Sudah beberapa lama berlalu, dan lihat apa yang media sosial telah lakukan kepada kebanyakan kita. Dia adalah alasan mudah kita tidak berkualiti. Dia juga adalah alasan mudah kita tidak fokus mendengar khutbah Jumaat.
Pada hari ini dan waktu ini, aku berfikir dan berpendapat bahawa kita yang ada akaun media sosial ni adalah generasi yang ketinggalan. Bukan ketinggalan zaman maksudku, tetapi ketinggalan zaman dari segi waktu yang berkualiti.
Mungkin?.. Apa pendapat tuan-tuan?