Wednesday, November 20, 2013

Sesuatu Yang Dapat Diteladani Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan

Di Iran juga ada sebuah akademi seni seumpama Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Fakulti Seni Permaidani di Akademi Seni Islam Tabriz, Iran telah menganjurkan sebuah seni transendental yang ulung dan tiada taranya. 

Usaha pelajar dan tenaga pengajar di akademi seni tersebut ialah untuk menghidupkan warisan kebangsaan Iran iaitu permaidani yang disulamkan ayat-ayat suci al Quran. Permaidani 76 halaman sebelah menyebelah itu ditenun sebanyak 30 juzuk.

Sebenarnya maklumat ini dah lama dikongsi oleh sahabat baik saya. 
Terima kasih Dr. Faizal Musa.

Moga maklumat ini dapat dikongsi bersama. 










Tuesday, November 12, 2013

Imam Al-Syafie


786/121.

Dari Imam Syafie a.r.

Lebih indah lebih merdu,
Dari suara kuda pacuan,
Dari gemercing pedang soldadu,
Bertetak tak tentu lawan dan kawan.

Dari semua keindahan yang ada,
Yang dapat membuat mataku terkedip,
Tak ada yang indah daripada,
Mencintai Ali bin Abi Talib.

Jikalau dadaku mereka buka,
Pasti tetdapat dua baris,
Tak ada penulis, tak ada pereka,
Terukir sendiri terguris.

Pertama adil, kedua tauhid,
Tertulis disebelah dadaku,
Yang lain mencintai Ahlil Bait,
Tergambar disebelah terpaku.


Wahai Ahlil Bait Rasulullah,
Cinta kepadamu diwajibkan Allah,
Didalam Quran Kalamullah,
Kewajipan tertulis, tiada helah.

Keluargamu bagiku tinggi nilainya,
Ditinggikan Allah serta Rasulnya,
Jika tiada selawat dan salamnya,
Sembahyang tidak sah begitu hukumnya.

Mengapa orang mengatakan daku Rafdhi,
Sedangkan aku ingin berbudi,
Membela agama dan i'tikadi,
Engkaulah yang salah sejadi-jadi.

Who is Hussein?