Alhamdulillah
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda. Aku dijemput lagi untuk menjadi tetamu Allah bersama keluargaku ke dua tanah haram iaitu Madinah Al-Munawarrah dan Makkah Al-Mukarramah untuk menunaikan umrah dan ziarah disana. Moga perjalanan ini mendapat umrah yang maqbul di sisi Allah SWT dan akan dijemput lagi pada masa akan datang. InsyaAllah.
Anak-anak bergambar bersama jemaah dari negara luar dihadapan masjid Nabi.
Aku amat bangga dengan anak-anak aku kerana dapat melakukan umrah dengan sempurna dijemput bersama menjadi tetamu Allah pada tahun ini untuk berumrah.
Bongsu dan paling comel sedang meneguk zam-zam sebelum menunggu azan zohor. Alhamdulillah dipermudahkan Allah SWT dalam segala hal terutamanya dengan karenah sikecil.
Gambar kenangan di hadapan 'King Abdul Aziz gate'
Selesai Asar menitip kenangan di kubah hijau dimana satu jasad mulia didalamnya yang paling aku rindui. Solawat!
Menghirup udara Madinah dan Baginda Nabi SAW berada berhampiran ku dan keluargaku. Apalagi yang lebih baik daripada itu?. Aku memohon syafaatmu Ya Rasulullah apabila bertemu di telaga Haudh kelak.
Kenderaan GMC 4WD yang kami naiki dari Madinah ke Makkah untuk umrah.
Alhamdulillah selesai umrah bersama keluarga di Tanah Haram. Bersyukur pada Allah SWT kerana diberi segala nikmat yang tidak terhitung banyaknya.
Selesai umrah kenalah tahalul (botak). Dah botak mengikut sunnah nabi usai umrah.
Dibawah zam-zam tower/ berhadapan dengan masjidil Haram bersantai sambil menunggu Isya'.
Jabal Thur. Jabal bermaksud 'bukit'. Disinilah Baginda Nabi SAW bersama sahabat Abu Bakr As-Siddiq bersembunyi selama 3 hari/ 3 malam sebelum melakukan penghijrahan dari Makkah ke Madinah. Disinilah bermulanya tarikh kalendar Islam Hijrah.
Mengambil kesempatan di Jabal Uhud mengangkat doa kepada golongan syuhada yang terkorban pada perang Uhud. Turut syahid disini adalah saudara Baginda Nabi SAW iaitu Hamzah bin Abu Talib. Mereka ini telah dijanjikan syurga oleh Allah SWT.
Menuju Jabal Rahmah, tempat dimana Nabi adam AS ditemukan semula oleh Allah SWT dengan Siti Hawa setelah sekian lama tercampak dan terpisah dari syurga.
Memanjat doa untuk syafaat dan kesejahteraan untuk keluarga tercinta.
aksi sicomel di kaki Jabal Rahmah.
kenangan.
Ya Allah, hanya padaMu kami bersembah dan hanya padaMu kami mohon pertolongan.
Limpahkanlah taufik dan hidayahMu kepada kami sekeluarga. Bimbinglah kami kejalan yang benar dan jalan yang Engkau redhai. Amin Ya Robbal Alamin.
No comments:
Post a Comment