HAMKA
pernah menghadapi dilema antara memilih keyakinan sendiri, atau tunduk
pada keyakinan yang dipaksakan. dalam peristiwa solat Jumaat berasingan,
HAMKA dibantah keras oleh ulamak lain yang tidak sealiran. ini kerana
Islam itu dianggap sebagai 'agama rasmi', jadi hanya ada satu jalan yang
'disahkan' oleh kerajaan. solusi yang dicadangkan oleh HAMKA? HAMKA
minta diisytiharkan sebagai seorang kafir, supaya dengan itu tidak perlu
lagi HAMKA terikat dengan pelbagai peraturan kerajaan yang dipaksakan
semata kerana Islam itu 'agama rasmi'. bayangkan kalau HAMKA hidup di
Malaysia, tahun 2013. boleh rujuk Kenang-Kenangan Hidup untuk bacaan
lanjut.
No comments:
Post a Comment