[Orang syiah selalu laungkan anti israel tapi negara syiah iran bila mau serang israel???]
Teknologi dan kuasa Iran bukan digunakan untuk menyerang sebelum diserang. Lagi pula mengapa Iran sahaja yang saudara tanya? bagaimana dengan negara-negara Islam lain, mengapa mereka tidak menyerang Israel malah membiarkan Palestin terumbang-ambing..?
Adalah fakta pihak paling ke depan membantu Palestin adalah Iran. Justeru itu jangan salah mengenal musuh kita yang sebenar.
Bukan tujuan utama saya untuk mempertahankan Syiah, tetapi saya hanya mahu mempertahankan fakta. Dan cuba menghapuskan sentimen mazhab yg semakin membarah di Malaysia ini. Sentimen mazhab ini harus dijauhi kerana itu adalah perangkap musuh Islam untuk melemahkan Islam dari dalam.
selama lebih 34 tahun Iran membela saudara sunni kita di palestin, apakah kita masih juga mahu mendakwa syiah itu menghalalkan darah sunni....? semoga kita berfikir secara rasional...
[Betul ke syiah bela sunni di Palestin?]
Ini buktinya. Rakaman video ini memaparkan rakyat palestin memasang Billboard Ucapan terima kasih kepada negara Iran dalam empat bahasa. Apakah ada negara-negara Islam selain Iran yang menerima pengiktirafan yang serupa dari Palestin...?
* Nurr Wahda Islamiah
No comments:
Post a Comment