Salam semua..
Dah lama tak menulis dalam blog ni.. Masa itu ada, tapi aku yang tak pandai menguruskan masa. Semenjak masuk balik ke Bahagian Perhubungan Korporat dan Antarabangsa ni,
hidup aku sedikit sibuk. Sibuk menguruskan hal ehwal pentadbiran bahagian aku.Tapi yang pastinya, aku takkan menjadikan alasan ini sebagai halangan untuk aku bersama keluarga. Dulu aku memang pentingkan kerja, tugasan, dateline... etc
Sekarang aku lebih aman, tenteram dan selesa walaupun kerja selalu datang
menyergah . Aku pasti yang membuatkan aku jadi begini kerana menitikberatkan
perhubungan aku denganNya.
Allah Azza Wajalla..
Allah bagi ketenangan kepada ku untuk meneruskan hidup. Allah bagi ketenangan bila aku mengadu padaNya. Terus terang katakan aku kini lebih menyayangi agama ku berbanding dahulu.
Aku malu. Aku menyesal. Aku bertaubat kerana tidak menjadi seorang hamba yang mentaati perintahNya. Jauh menyimpang dari redhaNya. Kalau badan kita sakit kita dapat tahu sakitnya seperti demam, berhingus, pening dsbnya. Tapi bagaimana kita nak tahu sekiranya hati kita sakit? Kita akan dapat tahu apabila kita nak buat perkara baik, hati tak selesa. Bila nak buat perkara tak baik, hati rasa ok ja boleh buat tanpa ada rasa bersalah.
Ya Allah, aku mohon dijauhi sifat sebegitu..
Kepada tetamu yang hadir dan singgah di blog ini. Aku mendoakan kalian dalam sihat sejahtera dan berada dibawah redha Nya. Moga Allah memelihara aku dan kalian dibawah rahmatNya.
Moga dengan iktibar pada kejadian Hari Asyura ini meniupkan semangat dan jiwa aku untuk mencintai Nabi SAW dan keluarga Baginda dan memahami mesej yang disampaikan oleh cucu Baginda SAW, anakanda Fatimah Az-Zahra dan Imam Ali yakni Imam Hussein.
Salam dan Solawat ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarganya.
Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment