Wednesday, February 21, 2018

Khatijah Terung

Khatijah Terung.

Awal tahun ini, aku mengenali Khatijah Terung.
Penyelia aku yang meperkenalkan aku kepadanya.

Sungguh aku terpegun.
Tak menyangka di dalam budaya Melayu terdapatnya maklumat bertulis mengenai  isu gender dan seksualiti yang dikarang dalam sekitar abad ke-19. 

Sungguh aku baru mengetahui. 
Mungkin dah ramai yang mengetahui malah menghadami karya Khatijah Terung. 

Bagi aku, aku baru dalam isu ini. 
Bagi aku dan setahu aku melalui bacaan yang amat kurang tentang isu isu ini (gender dan seksualiti) adalah satu isu yang  memang sacred atau malu nak diperkatakan apatah lagi sekitar tahun 1885-1955. 

Kajian mendalam oleh Prof. Madya Dr. Ding Choo Ming berkenaan sosok ini amat mengujakan. Khatijah Terung adalah orang kebanyakan yang lahir di Pulau Penyengat pada tahun 1885. Profesion Khatijah Terung adalah sebagai seorang bomoh di kampungnya. Berkahwin dengan Raja Haji Abdullah bin Raja Hassan sebagai isteri keempat. Raja Haji Abdullah berkahwin dengan Khatijah Terung kerana berasa kagum dengan reputasi Khatijah Terung sebagai seorang bomoh. Oh ya! Khatijah Terung pernah berkerja sebagai orang gaji di rumah isteri ketiga Raja Haji Abdullah sebelum diperisterikan beliau. 

Teks Perhimpunan Gunawan Bagi Lelaki dan Perempuan dikarang oleh Khatijah Terung. Bayangkanlah mana ada orang Melayu rajin menulis pada waktu tu. Bayangkanlah masyarakat pada waktu tu berjuang untuk mencari rezeki untuk disuapkan kepada keluarga. Apatah lagi menulis, tu pulak wanita yang menulis.Wow! Tapi Menurut Ding (1999),  ada sesuatu yang luarbiasa berlaku di Pulau Penyengat pada zaman itu.  Berikutan gerakan pemodenan, defeudalisasi, pembaharuan dan pendemokrasian yang di bawa dari Timur Tengah, peluang pekerjaan wanita Melayu di Riau terbuka dengan lebih luas berbanding yang ditawarkan di tempat lain. Ada yang menjadi bomoh profesional, selain lebih banyak wanita sudah menjadi pengarang, lebih-lebih lagi pengarang ekspresif, yang berani meluahkan perasaan dan memperkatakan apa yang dikehendaki mereka sendiri. Antaranya adalah Khatijah Terung sendiri. 

Contoh gurindam cinta berahi, rindu dendam kepada suami, beliau (Khatijah Terung) menulis dalam teksnya;

"..... 
marilah si anu anak si anu,
datang tergopoh-gopoh menguliti aku,
sampai aku beri sedap nyaman,
rasalah yang pukiku ketutu ketiti...."

Selebihnya hangpa cari dan bacalah sendiri. Banyak petua-petua untuk kebahagiaan rumahtangga yang dikarang beliau. Antaranya memilih haribulan yang baik untuk belayar, mengetahui hal orang yang belayar jauh, memelihara kasih sayang antara suami isteri, mendamaikan dua orang yang berbencian, berjimak, mendapat rezeki yang mudah dan macam-macam lagi. 

Bagi aku, tidak kira apa juga tafsiran pembaca terhadap karya teks beliau ini, segala-gala yang berlaku itu menandakan kepelbagaian dan keampuhan (vitality) kesarjanaan feminis di dunia Melayu!

Salute!

No comments: