Kita baru naik kapal terbang sudah sombong. Rasulullah SAW naik ke langit pun tak sombong. Kita baru naik Bugatti Veyron atau Lamborghini sudah sombong. Rasulullah menunggang Buraq yang selangkah kakinya itu sama dengan perjalanan sejauh mata memandang pun tak sombong. Kita kalau berjumpa dengan orang besar sikit sudah sombong dan merasa bangga. Kalau menteri senyum padanya, dia berasa bangga. Rasulullah SAW berjumpa dengan Allah SWT di Sidratul Muntaha yang mana Malaikat sendiri tak pernah masuk, tetapi baginda SAW sikit pun tak sombong.
Jadi, apa sebab kita mahu sombong atas dunia ni?
Ya Allah! aku berlindung kepadaMu dari perasaan riak, ujub dan takabbur.
Amin..
No comments:
Post a Comment