Siapakah lelaki berusia 42 tahun ini? Beliau adalah penyair Mesir yang terkenal. Namanya Abdul Rahman Yusuf. Beliau adalah anak ketiga Sheikh Yusuf Qaradhawi. Abdul Rahman telah mengkritik fatwa bapanya yang meminta rakyat Mesir mendokong Mursi.
Penyair yang berkelulusan BA dan MA dalam bidang syariah ini sudah menghasilkan enam kompilasi puisi. Salah sebuah puisinya yang ditulis pada tahun 2006 اكتب تاريخ المستقب; memuji Sayyid Hasan Nasrallah.
Di bawah adalah blog rasmi, dan halaman di mana beliau mula-mula sekali menolak permintaan bapanya supaya rakyat mendokong Presiden dari Ikhwanul Muslimin tersebut. Tulisan tersebut turut disiarkan di akhbar 'Al Youm Al Saba' Isnin lalu (http://gulfnews.com/news/region/egypt/egypt-activist-criticises-father-al-qaradawi-over-pro-mursi-fatwa-1.1206648).
Abdul Rahman antara lain menegaskan bahawa Ikhwanul Muslimin, dan Mursi telah mengkhianati hasrat dan hak-hak masyarakat sivil dengan memberi muka kepada bangsa Salafi di Mesir. Jelas sekali ia adalah perbezaan jurang generasi dan pengetahuan.
Ini bukanlah kali pertama, Abdul Rahman dan bapanya bergeser secara terbuka tentang isu-isu melibatkan bangsa Arab dan Timur Tengah. Pada 27 Mac 2012 beliau juga pernah menolak pandangan bapanya yang memperkecil-kecilkan kebangkitan rakyat di Bahrain dalam satu tulisan pedas.
Tiga foto diatas adalah dari satu acara deklamasi puisi oleh Abdul Rahman Yusuf di kota Qom, Iran beberapa tahun lalu.
No comments:
Post a Comment