Saya ingin berkongsi dengan tuan-tuan mengenai buku terjemahan berjudul Warisan
Shariati . bahagian yang mengujakan saya
ialah ; “Shariati
mendukung Islam sebagai ideologi yang revolusioner, terlepas dari kongkongan
ajaran dogmatik yang jumud, kerana ajaran yang demikianlah, Islam telah
membuktikan dinamismenya dan pernah berjaya membawa umatnya dari kongkongan
belenggu kemunduran, penindasan, kezaliman dan kepura-puraan agama kepada
masyarakat baru yang berasaskan keadilan, persamaan dan persaudaraan.”
“Pemikiran beliau, yang disampaikannya melalui ucapan dan
karyanya, telah memberi satu dimensi baru kepada rakyat Iran, khususnya
golongan muda, untuk menghadapi masalah mereka. Pemikiran inilah yang telah
menjadi asas penting kepada kesedaran sosial dan politik masyarakat Iran
sehingga mencetuskan Revolusi Islam yang berjaya dalam tahun 1979. Ali Shariati
telah meneruskan semangat pemikiran tokoh-tokoh Islam abad ini – Afghani,
Abduh, Iqbal.”
“Pemikirannya membawa nafas baru kepada agama Islam. Bagi kita
di Malaysia, Shariati merupakan anugerah Tuhan yang mesti dimanfaatkan. Walaupun
karyanya disulami dengan pengaruh masyarakat Iran dan mazhab Syiah, tetapi
masih banyak persamaan persoalan pokok yang terdapat dalam kebanyakan
masyarakat Islam yang sedang membangun dan mengalami proses pemodenan.” (Lihat Ahmad Shabery
Cheek (penyunting), Mengapa
Shariati dalam
Warisan Shariati, Ikraq, 1987, Kuala Lumpur).
Ya, catatan di atas adalah nukilan Datuk Ahmad Shabery Cheek, dahulunya seorang pensyarah di Universiti Malaya (sekarang Menteri Komunikasi dan Multimedia), meneliti catatan beliau mengenai kekaguman
beliau kepada Shariati dalam penulisannya menegaskan kepercayaan saya.
Shariati membuka laluan buat saya menempuh lebuhraya ilmu yang
sampai sekarang tiada henti. Menurut Shariati, menjadi seorang cendekiawan
sahaja belum memadai jika tidak menjadi ulul albab. Dan seorang ulul albab
harus menjadi community
builder. Umat dan masyarakat memerlukan pembangunan yang
berkomunikasi langsung, terjun dalam kencah komunikasi besar yang memerlukan
keterlibatannya.
Menekuni Warisan Shariati membolehkan saya merenung diri. Saya kini faham bahawa saya tidak boleh menjadi seorang yang biasa-biasa.
Saya nak jadi macam Shabery Cheek! amacam ? boley?
No comments:
Post a Comment