Thursday, September 6, 2012

labaik allahuma labaik


Perjalanan ini sungguh amat berbeza berbanding mana-mana perjalanan ke negara-negara luar yang pernah aku kunjungi sebelum ini. Ini bukan perjalanan biasa-biasa. Perjalanan ini menjadikan aku seorang yang lebih bersyukur dan menghargai segala pemberian-Nya. Lebih prihatin dan menitikberatkan hubungan aku dengan-Nya berbanding sebelum ini. Kembali kepada Allah dalam keadaan fitrah, putih bersih seperti mana kedatangan kita dahulu, lahir ke dunia dalam keadaan yang sempurna, jauh dari segala dosa dan noda seperti sehelai kain putih yang suci bersih. Aku melangkah menjadi tetamu Allah, bertaubat setulus ikhlas supaya segala dosa dan kesilapanku diampuni. Inilah yang dinamakan perjalanan rohani dalam aku menunaikan umrah pertama yang wajib ke atas aku. Moga umrah ku ini diterima Allah sebagai umrah yang makbul.  

Hakikatnya, kerinduan yang amat sangat pada Nabi SAW untuk mendapat syafaat baginda SAW dan menjadi umat yang dipandang Baginda SAW apabila bertemu di telaga Haudh kelak telah menggerakkan hati untuk kesana. Ingin memanjatkan doa, meminta, merayu, mengadu, merintih dan memohon ampun memuji kebesaran Allah SWT di Al-Haram menanamkan cekal dihati untuk kesana.

Ya Allah, anugerah-Mu begitu besar buatku yang kerdil ini. Hanya mahu membesarkan rumah-Mu, Baitullah, aku mendapat segala keistimewaan ini. Hanya kerana mahu membesarkan kekasih-Mu, Rasulullah SAW, Engkau menerimaku menjadi tetamu-Mu. Sungguh malu rasanya diri ini atas penghormatan ini.

Ya Allah! Hamba bermohon padaMu, tambahkanlah iman dalam hati ini dan janganlah Engkau tarik nikmat iman yang telah Engkau berikan dalam aku kedahagaan mencari cinta dan redhaMu.

Amin Ya Rabbal Alamin.




Ya Rasulullah, Aku bertawasul oleh kedekatanmu kepada Allah, wahai yang terpandang disisi Allah, berikan bantuan dan syafaatmu buatku disisi Allah.



 Bersama jemaah dan suffah mengaji dalam masjid Nabi setiap pagi usai solat subuh.



Selesai umrah wajib ke atasku. Alhamdulillah. 



 Miqat di Tannaim bersama sahabat mutawif, Kamal. 



Terdapat 12 buah pintu untuk masuk ke Al-Haram. Dihadapan pintu Babussalam. 



Bersama tetamu Allah dari Pakistan. 



Suasana di Bukit Marwa selesai bersaie. 


ZamZam Tower dihadapan Al-Haram. 


Gambar Al-Haram waktu dahulu. 



Al-Haram akan datang. InsyaAllah.





No comments: