Tuesday, September 4, 2012

salam..



Bismillahirahmanirahim

semoga Allah menjadikan kita orang-orang yang suka berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. 

Sebenarnya bukan manusia sahaja dituntut berselawat kepada Nabi Muhammad SAW, malah Allah SWT dan para malaikat juga turut berselawat ke atas baginda. Pujian daripada Allah dan para malaikat ini justeru menunjukkan ketinggian akhlak dan keperibadian baginda SAW.  

Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang yang beriman! Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya." Al-Ahzab: 56

Semoga Allah berikan kita hati yang sentiasa ingat kepada Rasulullah SAW lalu kita mampu berselawat ke atas Baginda SAW sebagai tanda kasih, tanda cinta kepadanya. Tidak cukup jika berselawat pada Hari Keputeraannya atau membacanya ketika dalam tahiyat awal atau akhir, sebaliknya jadikan ia basahan lidah setiap masa gembira, berduka, ramai, sendirian, siang mahupun malam. 

solawat!

No comments: