Wednesday, May 29, 2013

Umrah II

Alhamdulillah
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda. Aku dijemput lagi untuk menjadi tetamu Allah bersama keluargaku ke dua tanah haram iaitu Madinah Al-Munawarrah dan Makkah Al-Mukarramah untuk menunaikan umrah dan ziarah disana. Moga perjalanan ini mendapat umrah yang maqbul di sisi Allah SWT dan akan dijemput lagi pada masa akan datang. InsyaAllah.


 Anak-anak bergambar bersama jemaah dari negara luar dihadapan masjid Nabi. 

Aku amat bangga dengan anak-anak aku kerana dapat melakukan umrah dengan sempurna dijemput bersama menjadi tetamu Allah pada tahun ini untuk berumrah. 

 Bongsu dan paling comel sedang meneguk zam-zam sebelum menunggu azan zohor. Alhamdulillah dipermudahkan Allah SWT dalam segala hal terutamanya dengan karenah sikecil. 

Gambar kenangan di hadapan 'King Abdul Aziz gate'

 Selesai Asar menitip kenangan di kubah hijau dimana satu jasad mulia didalamnya yang paling aku rindui. Solawat!

Menghirup udara Madinah dan Baginda Nabi SAW berada berhampiran ku dan keluargaku. Apalagi yang lebih baik daripada itu?. Aku memohon syafaatmu Ya Rasulullah apabila bertemu di telaga Haudh kelak.

 Kenderaan GMC 4WD yang kami naiki dari Madinah ke Makkah untuk umrah.

 Alhamdulillah selesai umrah bersama keluarga di Tanah Haram. Bersyukur pada Allah SWT kerana diberi segala nikmat yang tidak terhitung banyaknya. 

Selesai umrah kenalah tahalul (botak). Dah botak mengikut sunnah nabi usai umrah.

 Dibawah zam-zam tower/ berhadapan dengan masjidil Haram bersantai sambil menunggu Isya'. 

 Jabal Thur. Jabal bermaksud 'bukit'. Disinilah Baginda Nabi SAW bersama sahabat Abu Bakr As-Siddiq bersembunyi selama 3 hari/ 3 malam sebelum melakukan penghijrahan dari Makkah ke Madinah. Disinilah bermulanya tarikh kalendar Islam Hijrah.

Mengambil kesempatan di Jabal Uhud mengangkat doa kepada golongan syuhada yang terkorban pada perang Uhud. Turut syahid disini adalah saudara Baginda Nabi SAW iaitu Hamzah bin Abu Talib. Mereka ini telah dijanjikan syurga oleh Allah SWT. 

 Menuju Jabal Rahmah, tempat dimana Nabi adam AS ditemukan semula oleh Allah SWT dengan Siti Hawa setelah sekian lama tercampak dan terpisah dari syurga.

 Memanjat doa untuk syafaat dan kesejahteraan untuk keluarga tercinta. 

 aksi sicomel di kaki Jabal Rahmah.



 kenangan.

 Ya Allah, hanya padaMu kami bersembah dan hanya padaMu kami mohon pertolongan. 
Limpahkanlah taufik dan hidayahMu kepada kami sekeluarga. Bimbinglah kami kejalan yang benar dan jalan yang Engkau redhai. Amin Ya Robbal Alamin.



Monday, May 20, 2013

Rome, Italia II

 espresso = 1 euro



 Via Condotti. Kat sini pun ada Jimmy Choo's Boutique. 


 Some of the biggest names in Italian fashion - Fendi, Valentino, Bulgari - hail from Rome and you will find their flagship stores, as well as boutiques by Prada, Armani, Versace, Ferragamo, Cavalli, Gucci, and many others, along the grid of streets near the Spanis Steps. Via Condotti is Rome's main drag for haute couture and "aspirational" window shopping, though you'll also find high fashion beckoning from the boutiques on Via BorgognonaVia FrattinaVia Sistina, and Via Bocca de Leone.






"Ambasciata della Malesia"


 Lift di dalam Kedutaan Besar Malaysia di Rome. Klasik. Hanya muat untuk 2 orang dalam satu masa. Rasanya khas untuk laluan Ambassador je ni..



  Fontana Di Trevi. 
Para pelancong percaya dengan mencampakkan syiling ke dalam kolam tu, they are ensured to return to Rome. that's what they believed. Dibina pada zaman Baroque era. 

Stato della Citta del Vaticano atau nama lain ialah Vatican City. Vatican City is the world's smallest state. Keluasannya hanya 44 hektar je.. 



 The Colosseum!!
Sape tengok movie The Gladiator, paham le peranan Colosseum ni pada zaman dahulu. 

 Colosseum ni considered one of the greatest works of roman architecture.

 Dinner at...

 Before presentation..

 During presentation..



 Q&A with the audiences..

 latte'...

 Butik Chanel di Via Condotti, Rome, Italy.


 Discussion at the ambassador's office. 


 Pizza asalnya datang daripada Italy atau lebih tepat lagi dari Napoli, Italy. Ni la pizza dari Napoli tu.. lepas presentation lapar, beli cheese pizza je (halal).

 night view in Rome..


"Ubuntu"




Seorang Ahli Antropologi mencadangkan satu permainan kepada kanak-kanak suku kaum Xhosa di Afrika. Beliau meletakkan sebuah bakul penuh dengan buah-buahan berdekatan dengan sebatang pokok dan memberitahu mereka " Sesiapa yang pertama dapat bakul ini akan memperoleh kesemua buah-buahan ini " ujarnya. Apabila beliau menyuruh kanak-kanak itu supaya mula berlari, kanak-kanak itu memegang tangan mereka sesama sendiri dan berlari bersama-sama, dan kemudian duduk bersama untuk menikmati buah-buahan tersebut. Lantas beliau bertanya kepada kanak-kanak tersebut "Mengapa kalian berbuat demikian?" Kanak-kanak itu menjawab "UBUNTU, bagaimana hanya seorang sahaja daripada kami merasa gembira sedangkan yang lain sedih?" UBUNTU didalam budaya Xhosa bermaksud "Aku adalah kita semua".

Thursday, May 16, 2013

Dialog dengan Ustaz


Pernah aku berdiskusi dengan seorang ustaz yang aku hormati dan sanjungi dan mengajukan soalan ini:
“Jika Muawiyah telah membunuh orang-orang yang tak berdosa dan memperkosa segala kehormatan, lalu dikatakan bahawa  dia telah berijtihad namun ijtihadnya adalah salah dan dia mendapat satu pahala; dan jika Yazid telah membunuh anak-anak Rasul serta menghalalkan pertumpahan darah di Madinah, lalu dikatakan bahawa dia telah berijtihad dan terbukti Yazid adalah salah dan dia mendapatkan satu pahala sehingga ada sebahagian orang berkata bahawa “Husain terbunuh oleh pedang datuknya” sebagai alasan untuk membenarkan perlakuan Yazid; oleh sebab  demikian kenapa pula aku tidak boleh berijtihad di dalam pendirianku tentang para sahabat yang menimbulkan suatu tanda tanya besar dalam diriku. Ijtihad aku ini mungkin tidak ada ada ertinya jika dibandingkan dengan tindakan Muawiyah dan puteranya Yazid di dalam membunuh keluarga Nabi yang suci. Jika ijtihadku benar maka aku akan mendapatkan dua pahala, dan jika salah aku akan dapat satu pahala. Demi Allah pemerhatian aku tentang sahabat juga bukan kerana ingin mencaci, mencerca atau melaknat mereka. Aku hanya ingin sampai kepada suatu kebenaran untuk mengetahui mana golongan yang selamat di antara banyak golongan yang sesat. Ini adalah wajib keatas aku dan kewajiban setiap Muslim. Allah Maha Tahu apa yang tersembunyi dan yang tersirat di atas apa yang berlaku.”
ustaz menjawab :“Wahai saudaraku. Pintu ijitihad telah tertutup sejak lama.” aku bertanya  “Siapa yang menutupnya?”
“Imam empat mazhab”
“Alhamdulillah, jika yang menutupnya bukanlah Allah, bukan juga RasulNya dan bukan Khulafa’ Rasyidin yang kita disuruh untuk mengikuti mereka”. Ini bermakna bahawa tidak ada salah dan cela apabila aku berijtihad sebagaimana mereka dahulu berijtihad.”
Ustaz: “Saudara tidak boleh berijtihad kecuali apabila telah saudara telah kuasai tujuh belas cabang ilmu pengetahuan. Antara lain ilmu tafsir, lughah, nahu, sharf, balaghah, hadis, sejarah dan lain sebagainya.”
“Saya bukan ingin berijtihad untuk menerangkan kepada orang tentang hukum Al-Quran dan Sunnah; atau ingin menjadi imam suatu mazhab di dalam lslam. Saya hanya ingin tahu siapa yang berada dalam pihak yang benar dan siapa yang salah; contohnya untuk mengetahui apakah Imam Ali dalam pihak yang benar atau adakah Muawiyah. Perkara ini tentu tidak memerlukan tujuh belas cabang ilmu pengetahuan. Cukup sekadar dengan mempelajari kehidupan dan tingkah laku mereka dalam menyingkap sesuatu kebenaran.”
(Aku perlukan pencerahan dari ustaz ini agar aku tak terkeliru lagi). Lalu beliau membentangkan hujah untuk mencerahkan aku.
“Apa perlunya kau ingin ketahui semua itu. Itu adalah ummat yang lalu. Baginya apa yang telah diusahakannya dan bagimu apa yang telah kamu usahakan. Dan kamu tidak akan diminta pertanggungan jawab tentang apa yang telah mereka kerjakan” ( S2:134).
Ustaz: “Bagaimana saudara membacanya. Apakah La Tus’alun: (kamu tidak akan diminta pertanggungan jawab) atau La Tas’alun (jangan kamu bertanya … )”
“Tentu La Tus’alun.” tambahnya.
Aku sambut: “Alhamdulillah. Kalau ayat tersebut dibaca dengan La Tas’alun maksudnya kita dilarang untuk membuat suatu penelitian. Namun ianya dibaca dengan La Tus’alun, maknanya Allah tidak akan menghisab kita atas apa yang mereka dahulu lakukan. Aku sambung "Dan ini sesuai dengan firman Allah SWT: “Tiap-tiap diri bertanggungjawab atas apa yang telah diperbuatnya” (S74:38); dan firman Allah yang lain: “Dan bahwa seorang tidak akan memperoleh selain dari apa yang telah diusahakannya” (S53:39). Al-Quran juga mendorong kita untuk mempelajari tentang sejarah umat yang lalu agar dijadikan sebagai ibrah (nasihat). Allah telah menceritakan kepada kita tentang Firaun, Harnan, Namrud, Qarun dan para nabi dahulu berserta pengikut-pengikutnya. Semua ini bukan untuk sekadar hiburan, tetapi untuk mengajarkan kepada kita mana yang hak dan mana yang batil.
Tentang kata-kata ustaz “apa perlunya semua ini”, saya rasa memang sangat perlu. Pertama-tama: agar saya kenal siapa Wali Allah yang sebenarnya sehingga saya harus me-wila’ (setia) mereka; dan siapa musuh Allah yang sesungguhnya sehingga saya harus memusuhinya. Ini adalah permintaan Al-Quran, bahkan ia adalah satu kewajiban yang dipikulkan kepada kita.
Kedua, untuk mengetahui dengan bersungguh-sungguh bagaimana cara menyembah dan mendekatkan diri pada Allah melalui hukum-hukum yang diwajibkanNya kepada kita seperti yang Dia inginkan; bukan seperti yang” diinginkan” oleh Malik, atau Abu Hanifah atau mujtahid-mujtahid yang lain. Persoalan ini sebenarnya dah lama dalam fikiran saya, misalnya Malik menghukumkan makruh membaca Basmalah di dalam solat kita, sementara Abu Hanifah menghukumkan wajib; dan yang lainnya menghukumkan batal jika solat  tanpa Basmalah. Padahal solat adalah tiang agama. Apabila ia diterima maka diterimalah selainnya, dan bila ia ditolak maka ditolaklah juga yang lain. Saya tidak mahu solat saya ditolak Allah SWT.  Lalu bagaimana ustaz harapkan seorang Muslim yang berfikiran  rasional seperti saya dapat menerima pendapat yang satu sementara menolak yang lain tanpa suatu penelitian dan kajian.”
Kata ustaz “Saudara boleh ambil dari setiap mazhab apa yang saudara rasakan sesuai dengan penelitian saudara, kerana semua adalah mazhab lslam dan semuanya juga bersumber dari Rasulullah SAW.”
“Saya bukan apa ustaz, takut tergolong di antara orang-orang yang difirmankan oleh Allah:
“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya; dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” ( S.45:23).
Wahai ustaz yang mulia. Saya tidak percaya bahwa semua mazhab adalah benar. Bayangkan yang satu menghalalkan dan yang lain mengharamkan. Tidak mungkin ada sesuatu yang halal dan haram dalam satu ketika. Rasul tidak pernah berdebat dahulu sebelum menghuraikan suatu hukum yang akan diajarkannya. Kerana ia adalah wahyu dari Al-Quran. Allah berfirman: “Kalau kiranya Al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya” (S.4:82). Dan di antara empat mazhab ini sendiri saya dapati banyak pertentangan, maka sudah pastinya bukan dari sisi Allah, bukan juga dari sisi RasulNya, mengingat Rasul tidak mungkin bertentangan dengan Al-Quran.”
Ketika ustaz ini melihat hujah aku sangat rasional dan tak dapat ditolak, dia berkata kepadaku:
“Demi Allah. Aku menasihatimu agar jangan sekali-kali meragukan Khulafa’ Rashidin walau apa pun keraguan yang kau dapati. Mereka adalah empat tiang agama ini. Apabila kau robohkan yang satu, maka akan runtuhlah bangunan ini.”
“Astaghfirullah.” Sahutku. “Ustaz, jika mereka adalah tiang agama Islam maka di mana Rasulullah SAW?”
“Rasulullah adalah bangunan itu semua. Beliau adalah Islam secara keseluruhan.”
Aku tersenyum mendengar penilaian seperti ini.  Aku katakan lagi:
“Astaghfirullah. Wahai Ustaz yang mulia, tanpa disedari ustaz telah berkata bahwa Rasulullah SAW tidak akan istiqamah melainkan dengan empat orang ini. Hal ini berlawanan dengan firman Allah, “Dialah yang mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkanNya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi.” (5.48:28)
Allah telah mengutus RasulNya Muhammad dengan risalah dan tidak menyertakan bersamanya seorangpun dari empat orang ini atau yang lainnya. Dalam hal ini Allah SWT berfirman:
“Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu al-Kitab dan hikmah, serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui” (S2:151).
Ustaz dah keras dan nada sedikit tinggi “Itulah apa yang pernah kami pelajari dari guru-guru kami dahulu. Pada zaman kami tiada siapapun yang boleh atau pernah mendebat dan membantah para ulama seperti yang dilakukan oleh generasi sekarang ini. Kini saudara pula mula meragukan segala sesuatu dan membuat keraguan dalam agama. Ini adalah di antara tanda-tanda hari kiamat. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Hari kiamat tidak akan muncul melainkan pada zaman makhluk yang paling jahat.”
“Saya mintak maaf kalau ustaz marah. Saya berlindung kepada Allah dari bersikap ragu terhadap agama atau membuat keraguan di dalamnya. Saya beriman kepada Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya; beriman pada para malaikatNya, kitab-kitabNya dan para RasulNya. Saya beriman bahawa SNabi Muhammad SAW adalah hambaNya dan RasulNya. Baginda adalah Nabi dan Rasul yang paling utama dan penutup seluruh Nabi; dan saya adalah orang muslim. Bagaimana ustaz boleh menuduh saya seperti itu?”
Ustaz: “Lebih dari itu sepatutnya aku katakan pada kamu, sebab engkau telah meragukan Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar. Sedangkan Nabi SAW pernah bersabda: “Jika iman ummatku ditimbang dengan iman Abu Bakar, maka iman Abu Bakar akan lebih berat.” Untuk Sayyidina Umar Nabi pernah bersabda: “Aku pernah ditunjukkan tentang umatku. Mereka memakai baju panjang tetapi tidak sampai menutup dada. Aku juga ditunjukkan tentang Umar. Aku melihat dia tengah menyeret-nyeret bajunya. Sahabat bertanya: apa takwilnya (tafsirnya) ya Rasulullah! Nabi menjawab: Agama. Tiba-tiba kau datang pada abad keempat belas ini membuat meragukan tentang para sahabat, terutama Abu Bakar dan Umar. Tahukah kau bahawa penduduk lraq adalah penduduk yang kafir, munafik dan berpecah?”
Aku nak kata apa lagi tentang orang yang mengaku dirinya alim ni. Perbincangan yang tadinya berjalan dengan cara akrab dan ilmiah kini berubah menjadi semacam tuduhan dan luapan emosi pulak. Kuperhatikan wajah  merah dan mata ustaz menunjukkan sikap protes. Hmm.. Dah tadak cara lain, aku segera keluarkan kitab al-Muwattha’ karya Imam Malik dan kitab Shahih al-Bukhari. dalam beg galas aku. Aku katakan kepadanya:
“Wahai ustaz yang mulia! Yang menyebabkan aku ragu-ragu terhadap Abu Bakar adalah Rasulullah sendiri.”
Lalu kubukakan kitab al-Muwattha’ yang memuat suatu riwayat yang bermaksud, “Malik meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda kepada para syuhada’ Uhud: “Aku adalah saksi mereka.”Abu Bakar as-Siddiq bertanya: “Ya Rasulullah, bukankah kami adalah saudara-saudara mereka. Kami juga ikut lslam sebagaimana mereka. Kami juga berjihad sebagaimana mereka.” Rasulullah saw menjawab: “Ya betul. Tetapi aku tidak tahu apa yang akan kalian lakukan setelahku.” Mendengar ini Abu Bakar menangis tersedu-sedu. Kemudian dia berkata: “Memang, kami melakukan banyak perkara setelah ketiadaanmu.”[1]
Aku bukakan juga kitab Shahih Bukhari. Riwayat itu berkata:
“Suatu hari Umar bin Khattab datang ke rumah Hafsah. Di sana ada Asma’ binti U’mais. Ketika melihat Asma’ Umar bertanya:
“Siapa wanita ini?”
“Saya Asma’ binti U’rnais.”
“Orang Habsyah itu. Orang laut itu.” Gerutu Umar.
“Ya”. Jawab Asma’.
“Kami lebih dahulu berhijrah.” Kata Umar. “Maka itu kami lebih berhak kepada Rasulullah berbanding kalian.”
“Demi Allah, tidak.” Jawab Asma’. “Dahulu kalian bersarna Nabi. Diberinya kalian makan-minum dan diajarkannya kalian. Sementara kami berada di suatu tempat yang jauh dan asing (di Habsyah) semata-mata kerana Allah dan RasulNya. Demi Allah, aku tidak makan atau minum kecuali kuingat dahulu Rasulullah. Kami juga menghadapi ancaman dan gangguan. (Wahai Umar) aku akan bertanya pada Rasulullah dan akan aku beritahu (apa yang kau katakan tadi) tanpa aku akan berdusta, menambahi atau mengurangi.”
Ketika Asma’ datang kepada Nabi, dia bertanya, “Ya Nabi Allah, Umar berkata begini dan begitu.” “Apa yang kau jawab? ” Tanya Nabi.
“Begini dan begitu”
“Dia tidak berhak atasku lebih dari kalian.” Jawab Nabi.
“Dia dan teman-temannya hanya berhijrah sekali saja, sementara kalian, penghuni bahtera, dua kali berhijrah.”
Asma’ berkata lagi: “Aku perhatikan Abu Musa dan kawan-kawan yang dahulunya sekapal (saat berhijrah ke Habsyah) yang lain mendatangiku dan bertanya padaku tentang sabda Nabi tersebut. Tiada sesuatu di dunia ini yang sedemikian membahagiakan mereka lebih dari sabda Nabi untuk mereka ini.”[2]
Setelah ustaz dan membaca dua hadis ini, tiba-tiba saja wajah mereka berubah. Ustaz berpandangan dengan aku. Dengan mengangkat sedikit dua keningnya sebagai tanda hairan ustaz pun berkata: “Katakanlah, Ya Rabbi, tambahkan untukku ilmu pengetahuan.”
“Jika Rasulullah SAW adalah orang pertama yang ragu terhadap Abu Bakar dan tidak mempersaksikannya lantaran Baginda tidak tahu apa yang akan terjadi sepeninggalnya kelak, dan apabila Rasulullah tidak merestui keutamaan Umar bin Khattab atas Asma’ binti U’mais, bahkan Asma’ lebih diutamakan berbanding Umar; maka saya mempunyai alasan kuat untuk tidak mengutamakan siapapun sehingga kebenaran itu jelas dan dan pasti. Dan jelas sekali bahawa dua hadis ini berlawanan bahkan menafikan setiap hadis yang mengatakan keutamaan Abu Bakar dan Umar. Sebab dua hadis ini ditunjang oleh fakta-fakta yang objektif dan rasional dibandingkan dengan hadis-hadis keutamaan yang diduga itu.”
Ustaz pulak tanya kat aku: “Apa maksud hadis tersebut!” “Rasulullah SAW tidak mau menjadi saksi pada Abu Bakar.”
Jawaban aku: Nabi SAW bersabda: “Aku tidak tahu apa yang akan kalian lakukan sepeninggalku kelak. “Hadis ini jelas sekali maksudnya. Sebab Al-Quran mengatakan dan sejarah juga membuktikan bahwa mereka telah melakukan perubahan-perubahan sepeninggal Nabi. [Sebab itulah Abu Bakar menangis, Abu Bakar telah mengubah dan membuat Fatimah az-Zahra' puteri Nabi marah, seperti yang telah disentuh di atas. Beliau telah mengubah pelbagai perkara sehingga beliau menyesal pada akhir hayatnya dan berangan-angan untuk tidak menjadi manusia.
Hadis yang dikatakan bahawa "Jika iman ummatku ditimbang dengan iman Abu Bakar maka imam Abu Bakar akan lebih berat" hadis ini jelas lemah dan tidak masuk akal. Tidak mungkin seseorang yang telah menjangkau umur empat puluh tahun dari usianya dalam syirik pada Allah dan menyembah berhala akan memiliki iman yang lebih berat dari iman seluruh umat Nabi Muhammad SAW. Sedangkan di antara ummat ini ada para wali Allah yang solihin, orang-orang syahid dan para imam yang telah menghabiskan semua umurnya dalam berjihad di jalan Allah SWT. Lalu apakah Abu Bakar memang sesuai dengan makna dan maksud hadis ini? Jika memang hadis ini shahih, maka beliau seharusnya tidak akan pernah berangan-angan untuk tidak menjadi manusia. Apabila Imannya lebih tinggi dan Iman Fatimah Zahra', pemuka wanita alam semesta, maka puteri Rasul itu tidak akan pernah marah kepadanya; atau berdo'a untuk keburukannya."
Ustaz tidak memberi sebarang komentar.  Tiba-tiba ustaz menyentakku: “Apakah seperti ini yang kau inginkan (menimbulkan keraguan)? Engkau telah membuat keraguan di dalam agama” "Tidak! Tuduhan itu tidak benar. Sepanjang hayat saya, saya belum pernah membaca suatu buku yang sempurna. Saya mengikuti ustaz dan juga ulama-ulama lain hanya dengan perasaan yakin tanpa sikap kritis sedikitpun. Sudah sewajibnya bagi saya membaca dan mengkaji." 
Aku rasa itu la kali terakhir aku berdiskusi dengan ustaz atau mana-mana ustaz tentang perkara ini. Aku perlukan perbincangan secara ilmiah, bukan bincang kedai kopi tadak hujah dan dalil. payah oooo!! 
Aku lanjutkan penelitianku dengan cara yang sangat cermat sepanjang dua tahun yang lalu. Untuk membuka luas pengetahuanku tentang agama ini, aku membaca kitab al-Ghadir karya Syaikh al-Amini dan aku ulang baca lantaran isinya yang sangat padat, tepat dan jelas sekali. Juga kitab Fadak karya Sayed Muhammad Baqir as-Sadr dan kitab as-Saqifah karya Syaikh Muhammad Ridha al-Muzaffar. Dari dua buku ini aku temukan berbagai jawaban yang sangat memuaskan. Juga aku baca kitab an-Nas wal-Ijtihad yang menambah lagi keyakinanku. Kemudian kitab Abu Hurairah karya Syarafuddin, dan Syaikh al-Mudhirah karya Syaikh Mahmud Abu Rayyah al-Mishri, Dari sana baru aku ketahui bahwa sahabat yang melakukan perubahan setelah zaman Rasulullah ada dua bahagian. Pertama, yang mengubah hukum dengan kekuasaan yang dimilikinya; kedua, yang mengubah hukum dengan meletakkan berbagai hadis palsu yang dinisbahkan kepada Rasulullah SAW.
Kemudian kubaca kitab al-Imam as-Shadiq Wal Mazahib al-Arba'ah karya Asad Haidar. Dari sana aku kenal perbezaan antara ilmu mauhub (yang dikurniakan) dan ilmu maksub (yang dipelajari). Dari situ juga aku baru tahu perbezaan antara Hikmah yang Allah berikan kepada orang yang Dia kehendaki, dan sikap berlagak berilmu dan berijtihad dengan pendapat pribadi yang menjauhkan umat ini dari jiwa lslam yang sebenarnya.
Aku juga temui pelbagai seperti buku karya Sayed Ja'far Murtadha al-A'mili, Sayed Murtadha al-Askari, Sayed al-Khui, Sayed Thabatabai, Syaikh Muhammad Amin Zainuddin, Fairuz Abadi, karya Ibnu Abu Hadid al-Mu'tazili dalam bukunya Syarh Nahjul Balaghah, Taha Husain dalarn bukunya al-Fitnah al-Kubro. Dari buku sejarah kubaca kitab Tarikh at-Thabari, Tarikh Ibnul Athir, Tarikh al-Masu' di dan Tarikh al-Ya' qubi. Dan banyak lagi buku-buku lain yang kubaca sehingga aku merasa betul-betul puas. 
[1] Muwatto’ Imam Malik jil. 1 hal. 307; Maghazi al-Waqidi hal. 307
[2] Sahih Bukhari jil. 3 hal. 307