Tuesday, September 17, 2013

Sabra & Shatila

Photo

Violin Dengan Satu Tali



Niccolo Paganini, seorang pemain violin yang terkenal di abad 19, memainkan konsert untuk para peminatnya. Dia bermain violin dengan diiringi oleh orkestra yang lengkap.

Tiba-tiba salah satu tali violinnya putus. Keringat dingin mulai membasahi dahinya tapi dia menerus memainkan lagunya. Kejadian yang sangat mengejutkan tali violinnya yang lain pun turut putus satu persatu hanya meninggalkan satu tali sahaja, tetapi dia tetap bermain. Ketika para penonton melihat dia hanya memiliki satu tali dan tetap bermain,mereka berdiri dan berteriak, "Hebat!, Hebat!".

Paganini menyuruh mereka duduk. Penonton menyedari tidak mungkin dia dapat bermain dengan satu tali. Paganini memberi hormat pada para penonton dan memberi isyarat pada pengiring orkestra untuk meneruskan bahagian akhir dari lagunya itu. Dengan mata bersinar dia berkata, "Peganini dengan satu tali". Dia meletakkan violinnya di dagu dan mula memainkan bahagian akhir dari lagunya dengan indah sekali. Penonton sangat terkejut dan kagum pada kejadian itu.

* Hidup kita dipenuhi oleh pelbagai persoalan, kekuatiran, kekecewaan dan semua hal yang tidak selesa. Kita seringkali menghabiskan terlalu banyak masa untuk memikirkan pada tali kita yang putus dan segala sesuatu yang kita tidak dapat ubah. Jangan melihat ke belakang, majulah terus, mainkan tali satu-satunya itu.


Falsafah Memanah



Di suatu senja, kelihatan seorang raja beserta rombongannya pulang dari berburu di hutan. Hari itu tidak ada satu buruan pun yang berhasil dibawa pulang.

Setibanya di pinggir hutan, raja memutuskan untuk berehat sekejap di rumah milik seorang pemburu yang terkenal karena kehebatannya memanah. Setelah berbual-bual, si pemburu berkata, "Maaf baginda, sepertinya baginda tidak gembira. Apakah hasil buruan hari ini tidak memuaskan baginda?"

Tidak menjawab pertanyaan, raja itu menghampiri sebuah busur tanpa tali yang terletak di suatu sudut. "Pemburu, kenapa busurmu tidak terpasang talinya? Apakah engkau sudah tidak memanah lagi?" tanya si raja dengan nada terkejut.

"Bukan begitu baginda, tali busur memang sengaja hamba lepas agar busur itu boleh ‘berehat'. Berdasarkan pengalaman hamba, tali busur yang tegang terus menerus, tidak boleh dipakai untuk memanah secara optimum".

"Wah, hebat sekali pengetahuanmu! Ternyata itu rahsia kehebatan memanahmu selama ini ya?" kata baginda.

"Memang, kami turun temurun adalah pemburu. Dan pelajaran seperti ini sudah ada sejak dari dulu. Untuk memaksimumkan alat berburu, kebiasaan seperti itulah yang harus hamba lakukan. Mohon maaf baginda, masih ada pelajaran lainnya yang tidak kalah penting yang biasa kami lakukan."

"Apa itu?" tanya baginda ingin tahu.

"Menjaga fikiran. Sehebat mana pun busur dan anak panah, bila fikiran kita tidak fokus, perasaan kita tidak seirama dengan tangan, anak panah dan busur, maka hasilnya juga tidak akan maksimum untuk mencapai sasaran buruan yang kita inginkan".

Mendengar penjelasan si pemburu, tiba-tiba si raja ketawa dan berkata; "Terima kasih pemburu. Hari ini rajamu mendapat pelajaran yang sangat berharga dari seorang pemburu yang hebat."

Bagaimana Mahu Berfikir Cara Mudah


Apa yang boleh kita belajar dari "La ilaha illallah" selain maksudnya “Tiada Tuhan Selain Allah” ialah kaedah berfikir yang mudah.

Mulakan berfikir dengan "Penafian" (katakan "La") secara menyeluruh kepada setiap kenyataan yang diterima seperti ayat "Tiada Tuhan" kemudian barulah berfikir mengenai "Pengecualian" seperti ayat "Melainkan Allah".

Bila mendengar sesuatu cerita, melihat sesuatu kenyataan atau menerima sesuatu berita tidak kira dari SESIAPA saja, mulakan dengan "Penafian" (katakan "La") iaitu tidak mempercayai kemudian barulah berfikir mengenai "Pengecualian" iaitu bagaimana berita tersebut boleh jadi benar.

Jadi banyaklah persoalan seperti "Bagaimana", "Bila", "Siapa", "Di mana" dan "Bagaimana jika" berlegar dalam minda. Dalam NLP (Neuro-Linguistic Programming) dikenali sebagai "Meta Model" atau melakukan "chunking down".

Ingat, mula berfikir dengan "Penafian", katakan "La" dalam minda bila menerima sesuatu berita. Insyaallah, anda bukanlah seorang yang mudah ditipu atau senang menari bila muzik dibunyikan oleh orang yang berkepentingan.