Friday, February 28, 2014

Mokhtaruddin Lasso

This is Mokhtaruddin Lasso. He was the punkest motherfucker in Malay history. 

Dia seorang radikal. Dia seorang revolusioner. Dia seorang pemimpin parti kiri. Dia seorang pejuang gerila. Dia seorang komunis. Dia seorang atheis (tak percaya kewujudan tuhan). He was one badass motherfucker. Dan dia seorang Melayu. 

Masa zaman perang, dia berjuang dalam pasukan gerila dalam hutan untuk melawan fasis Jepun yang menjajah Malaya.

Lepas tamat perang, bersama Ahmad Boestamam dia tubuhkan parti politik Melayu pertama yang memperjuangkan kemerdekaan (sebelum UMNO), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

Ramai yang tak tahu, tapi Mokhtaruddin Lasso was the first President (Yang Dipertua) of PKMM in 1945. Dan Naib Presiden parti masa tu ialah tokoh Islam, Dr. Burhanuddin Al-Helmi. What?!? An atheist and an Islamist in the same party?!? Mana mungkin? WTF?

But it was true. They were in the same party together.

One time, the punk Mokhtaruddin Lasso challenged Dr. Burhan’s beliefs dengan mempersoalkan kewujudan tuhan. Perbualan yang rare ini telah dirakam secara detail oleh Ahmad Boestamam (who was there to witness this conversation) dalam buku "Dr Burhanuddin: Putera Setia Melayu Raya” (Penerbitan Pustaka Kejora, 1972).

Let me share with you the whole conversation between Mokhtaruddin the atheist & Dr Burhan the Islamist, from Boestamam's book. Aku selitkan komen-komen aku in between dengan tanda **.

—————

“Dr. Burhanuddin, Mokhtaruddin Lasso dan saya berbual-bual di pejabat harian ‘Suara Rakyat’, lidah resmi PKMM yang saya ditugaskan menjadi pengarangnya, di Jalan Brewster.

Sechara tiba2 saya dengar Mokhtaruddin bertanya kepada Dr. Burhanuddin: Apakah benar Tuhan itu ada, tuan Doktor?

Pertanyaan ini dikeluarkannya sambil tersenyum.

Saya terperanjat juga mendengarkan pertanyaan itu. Tidak saya duga2. Mungkin, hati saya segera menduga, Mokhtaruddin hendak menguji keteguhan Dr. Burhanuddin berugama.
Sudah tentu saja Tuhan ada, Dr. Burhanuddin menjawab pendek.

Benarkah DIA berkuasa? Mokhtaruddin bertanya lagi.

Benar, jawab Dr. Burhanuddin.

Kalau benar DIA berkuasa suruhlah DIA membuat sepasang terompah kayu sekarang dan kalau DIA boleh membuatnya saya akan perchaya Tuhan itu ada dan DIA berkuasa, tetapi tidak sebaliknya, berkata Mokhtaruddin kepada Dr. Burhanuddin.

Saya melihat tepat kemuka Dr. Burhanuddin. Saya mahu memastikan apadia reaksinya kepada pertanyaan ini. Apakah dia akan menjawabnya atau apa?

Tidak shak lagi pertanyaan Mokhtaruddin itu pertanyaan yang hanya boleh datang dari seorang ‘free thinker’, seorang yang tak perchaya adanya Tuhan, seorang komunis, seorang yang bersandar bulat kepada ‘dialectical materialism’.

Dan ini tidak pula memeranjatkan saya. Sebagai seorang bekas pejuang yang menentang Jepun yang berpengkalan dalam hutan Mokhtaruddin tak shak lagi tentu telah bergaul dan seterusnya mengikuti kursus politik komunis yang menjadi pelopor perjuangan melawan Jepun itu.

Kalau pertanyaan yang demikian dihadapkan pada para fanatik ugama atau lebai2 kolot dikampung-kampung kemungkinan Mokhtaruddin dilanyak dan dipukul mereka karena dituduh murtad dan menduakan Tuhan tidak mustahil. Tetapi adakah Dr. Burhanuddin akan bersikap seperti mereka itu juga? Inilah pertanyaan yang mula2 timbul dalam benak saya.

**(I really like this paragraph, because sadly, nowadays we have a lot more “para fanatik ugama” dan “lebai2 kolot” di Facebook)**

Saya chemas. Hati kechil saya menyesali Mokhtaruddin karena membuat pertanyaan itu.

Masakanlah patut Tuhan diminta membuat pekerjaan yang remeh seperti membuat terompah kayu itu, Dr. Burhanuddin memberikan jawapannya dengan tenang. Tidak ada tanda marah dalam suaranya sewaktu memberikan jawapan ini.

**(Before you read his reply, please note the line “tidak ada tanda marah dalam suaranya”, bukan macam “lebai2 kolot” di Facebook yang kebanyakannya suka maki hamun orang yang berbeza pandangan dengan mereka)

Ini tidak bererti Tuhan tidak boleh membuat terompah kayu itu, dia meneruskan kata2nya. DIA boleh. Kalau alam ini dapat dichiptaNYA kenapa pula perkara mudah dan kechil seperti membuat terompah kayu itu tidak boleh?

Kalau seseorang yang pakar dalam ilmu pasti misalnya boleh menjawab masaelah2 yang tinggi dalam ilmu itu dengan mudahnya mustahillah dua kali lima dia tidak tahu. Itu lojik, bukan? Demikianlah ibaratnya Tuhan dengan membuat terompah kayu itu.

Kalau banyak orang, banyak manusia yang menjadi makhluk Tuhan, sudah boleh membuat terompah kayu belaka kenapakah harus diperlukan juga tenaga Tuhan untuk perkara yang remeh ini? Tidakkah itu sama saja seperti menyuruh seorang ayah mengesat hingus atau menghisap punting sedang bayi2 kechil pun sudah tahu belaka membuatnya?

Mokhtaruddin Lasso saya lihat tertegun. Tetapi dia belum puashati lagi. Dia timbulkan pula masaelah lain yang berhubung dengan soal Tuhan juga.

Orang2 Islam menyembah Tuhan yang mereka panggil Allah, katanya. Tetapi ada juga orang yang menyembah bulan, matahari dan banyak yang lain lagi. Mereka katakan benda2 ini Tuhan mereka. Bagaimanakah ini sedangkan Tuhan itu dikatakan esa, tidak dua dan tidak tiga?

Dr. Burhanuddin tersenyum dulu sebelum menjawab pertanyaan ini.

**(Please read his answer carefully)**

Ada orang yang memanggil kasut itu kasut tetapi ada pula yang memanggilnya sepatu, dia menjawab. Tetapi bukankah ‘kasut’ dan ‘sepatu’ itu benda yang satu itu juga? Begitulah pula dengan Tuhan ini. Ada yang memanggilnya Allah, ada yang memanggilnya God, ada yang memanggilnya Tok Pekong, ada yang memanggilnya Sami, ada yang bertuhankan Bulan, Matahari dan entah apa lagi. Itu soal bahasa dan istilah seperti ‘kasut’ dan ‘sepatu’ tadi. Panggilannya saja yang banyak tetapi bendanya tetap yang satu itu juga. Ertinya Tuhan itu memang esa.

**(Did you read that? "Panggilannya saja yang banyak tetapi bendanya tetap yang satu itu juga.” Kalau kau buat statement ni sekarang, kau pasti akan kena hentam dengan “lebai2 kolot” di Facebook. Sekarang “soal bahasa dan istilah” saja boleh dijadikan isu besar sehingga menyekat kebebasan beragama penganut Kristian di Malaysia yang sudah berkurun lama menggunakan Al-Kitab dan kalimah Allah dalam upacara keagamaan mereka)**

Dan kalau saudara masih meragukan adanya Tuhan, tambah Dr. Burhanuddin lagi (dan kini seperti hendak mengajar Mokhtaruddin pula) maka hujah saudara tadi itu dapat saya kembalikan untuk menikam saudara kembali.

Bagaimana? Mokhtaruddin bertanya.

Bukankah saudara mengatakan tadi ada orang yang mengatakan bulan itu Tuhan, matahari itu Tuhan, Allah itu Tuhan dan seterusnya — masing2 ada Tuhan yang disembahnya?

Mokhtaruddin menganggukkan kepalanya.

Dan komunis pun perchayakan ‘nature’ kan?

Mokhtaruddin menganggukkan kepalanya lagi.

Tidakkah itu menunjukkan setiap orang perchayakan adanya Tuhan karena tidak ada orang yang mengatakan tidak ada? Ya, Tuhan itu ada dan esa.

Dr. Burhanuddin tersenyum lebar sambil memandang tepat kemuka Mokhtaruddin Lasso, menantikan reaksinya.

Mokhtaruddin mengangkat kedua-dua belah tangannya keatas dan berkata: ‘Chukuplah setakat itu saja tuan Doktor dan kita kira seri — tak kalah tak menang’.

Saya mengikut saja, meningkah Dr. Burhanuddin. Kalau chukup kata saudara chukuplah, kalau tak chukup ayoh lagi.

Perdebatan itu berhenti setakat itu saja.”

—————

That was it. Jika Mokhtaruddin Lasso masih hidup sekarang, he will be in jail. Beratus-ratus “para fanatik ugama” dan “lebai2 kolot” akan beratur kat Balai Polis untuk buat police report against him. Dia akan terima banyak SMS dan komen-komen Facebook berbentuk ugutan dan cacian. Rumah dia akan kena simbah cat atau bom petrol. Polis akan tangkap dia for sedition, dengan alasan dia “menghina agama Islam”. Jabatan Agama akan raid rumah dia. He will be in prison for a very long time.

Tapi ini bukan point aku nak kongsikan kisah ni pada semua. The point is, suatu ketika dulu, masyarakat Melayu boleh menerima perbezaan. Boleh menerima diversity. Masyarakat Melayu tidak homogenik. Tidak ada hanya satu definisi untuk apa itu Melayu. Melayu itu tidak terkongkong dan tidak terikat dengan satu bentuk rupa. Tidak dikawal di bawah satu agama. Even an Islamist macam Dr. Burhanuddin boleh menerima dan bekerja di bawah pimpinan seorang atheis. Mereka boleh menerima dan menghormati perbezaan. Mereka tidak menilai Melayu yang berbeza pandangan dengan mereka. Mereka tidak menghukum Melayu yang melawan arus. Mereka boleh duduk berbincang dan berbicara dengan rasional tentang apa-apa isu tanpa sebarang cacian atau ugutan. Mokhtaruddin Lasso did not have to hide who he was, his identity & his (dis)beliefs hanya kerana dia seorang Melayu. Melayu boleh jadi apa saja.

Mokhtaruddin Lasso adalah contoh seorang Melayu yang tidak terikat dalam kotak Melayu yang dipaksa ke atas kita sekarang. Ada yang akan argue, Mokhtaruddin Lasso bukan orang Melayu, kerana dia berasal dari kepulauan Indonesia. Kalau Mokhtaruddin Lasso bukan Melayu ikut standard ni, maka ramailah orang Melayu di Malaysia ni sebenarnya bukan Melayu.

Mungkin kita perlu berhenti cuba mengongkong apa ertinya untuk menjadi Melayu. Stop putting labels on people and stop calling them names just because they're different dari Melayu yang lain. Satu masa dulu, sepuluh tahun sebelum merdeka, jika perjuangan parti-parti kiri telah berjaya membebaskan Malaya dari penjajahan, kita semua sekarang ni tanpa mengira suku kaum, agama, gender, ideologi atau latar-belakang sudah menjadi Melayu.

So here’s to Mokhtaruddin Lasso, the punkest motherfucker in Malay history, and all the other Mokhtaruddin Lassos out there yang tidak takut untuk jadi Melayu yang melawan arus.

Thursday, February 13, 2014

Fakta


[Orang syiah selalu laungkan anti israel tapi negara syiah iran bila mau serang israel???]

Teknologi dan kuasa Iran bukan digunakan untuk menyerang sebelum diserang. Lagi pula mengapa Iran sahaja yang saudara tanya? bagaimana dengan negara-negara Islam lain, mengapa mereka tidak menyerang Israel malah membiarkan Palestin terumbang-ambing..? 

Adalah fakta pihak paling ke depan membantu Palestin adalah Iran. Justeru itu jangan salah mengenal musuh kita yang sebenar.

Bukan tujuan utama saya untuk mempertahankan Syiah, tetapi saya hanya mahu mempertahankan fakta. Dan cuba menghapuskan sentimen mazhab yg semakin membarah di Malaysia ini. Sentimen mazhab ini harus dijauhi kerana itu adalah perangkap musuh Islam untuk melemahkan Islam dari dalam. 

selama lebih 34 tahun Iran membela saudara sunni kita di palestin, apakah kita masih juga mahu mendakwa syiah itu menghalalkan darah sunni....? semoga kita berfikir secara rasional...

[Betul ke syiah bela sunni di Palestin?]

Ini buktinya. Rakaman video ini memaparkan rakyat palestin memasang Billboard Ucapan terima kasih kepada negara Iran dalam empat bahasa. Apakah ada negara-negara Islam selain Iran yang menerima pengiktirafan yang serupa dari Palestin...? 


 * Nurr Wahda Islamiah