Friday, August 30, 2013

Abdul Rahman Yusuf






Siapakah lelaki berusia 42 tahun ini? Beliau adalah penyair Mesir yang terkenal. Namanya Abdul Rahman Yusuf. Beliau adalah anak ketiga Sheikh Yusuf Qaradhawi. Abdul Rahman telah mengkritik fatwa bapanya yang meminta rakyat Mesir mendokong Mursi. 


Penyair yang berkelulusan BA dan MA dalam bidang syariah ini sudah menghasilkan enam kompilasi puisi. Salah sebuah puisinya yang ditulis pada tahun 2006 اكتب تاريخ المستقب; memuji Sayyid Hasan Nasrallah. 

Di bawah adalah blog rasmi, dan halaman di mana beliau mula-mula sekali menolak permintaan bapanya supaya rakyat mendokong Presiden dari Ikhwanul Muslimin tersebut. Tulisan tersebut turut disiarkan di akhbar 'Al Youm Al Saba' Isnin lalu (http://gulfnews.com/news/region/egypt/egypt-activist-criticises-father-al-qaradawi-over-pro-mursi-fatwa-1.1206648).

Abdul Rahman antara lain menegaskan bahawa Ikhwanul Muslimin, dan Mursi telah mengkhianati hasrat dan hak-hak masyarakat sivil dengan memberi muka kepada bangsa Salafi di Mesir. Jelas sekali ia adalah perbezaan jurang generasi dan pengetahuan.

Ini bukanlah kali pertama, Abdul Rahman dan bapanya bergeser secara terbuka tentang isu-isu melibatkan bangsa Arab dan Timur Tengah. Pada 27 Mac 2012 beliau juga pernah menolak pandangan bapanya yang memperkecil-kecilkan kebangkitan rakyat di Bahrain dalam satu tulisan pedas.

Tiga foto diatas adalah dari satu acara deklamasi puisi oleh Abdul Rahman Yusuf di kota Qom, Iran beberapa tahun lalu.

Thursday, August 29, 2013

Saudi Prince Kidnap, Rape, Murder & Finally Dumps Saudi Girl's Body on Street, and Escorts Free in Saudi Arabia.


Saudi Prince Khalid bin Sa’ad bin Abdul Aziz al-Saud & the Raped Girl Body

9 Jun 2013 Riyadh – Police in Jeddah, Saudi Arabia has confirmed the news that a girl had been raped and murdered by a Saudi prince Khalid bin Sa’ad bin Abdul Aziz al-Saud .

The Incident  was another loop in a chain of moral and ethical mis deeds on Saudi corrupt princes and their crime against Saudi citizens.

The story began when the witnesses in Samer, a Jeddah suburb, saw that a 25-year old girl was dropped out of a GMC automobile and the car drives away, evening May 30. People witnessing the event immediately wrapped the girl in a blanket and contact the police. After police arrived, preliminary investigation indicated that the girl had died. GMC plate number fed into the automobile surveillance system of traffic police and it revealed that it belonged to a Saudi prince.

Then, extensive investigation was launched, with the initial result that the prince was no other person than Khalid bin Sa’ad bin Abdul Aziz al-Saud, who, met the girl in Wednesday evening in famous Al-Tuhayat shopping mall. The girl defied the prince. Then, the girl was kidnapped by complicity of Tariq al-Maqrebi, an associate of the prince’s, and transferred to an unknown place, where she was sexually harassed.

The girl’s attempt to escape led to physical grapple between them, and finally to death of the girl. Saudi prince stripped the girl and dropped her out of his car.

This is not the first incident in Saudi Arabia and neither the Last, but due to the press censorship and ban on the Human Rights Associations in the land the Wahabi Monarchs such news are forbidden and are rarely in the local media, only the free social and the independent media gives coverage to such mis deeds of these canibals.

These Wahabi Monarchs who are defacing Islam and are trying to claim the Leadership of the Muslim World , but actually are leading the Pro Israel Zionist Lobby of the Arab Dictators , who happen to be the Rulers of the Muslim Majority Nations, as they were infested by the Earlier British and the Western Empires , as these British and the Western Rulers have to leave these Nations due to the Uproar in the Muslim World, so they handed over their rule to the Most Corrupt Persons , who were ready to do any thing for their Masters, which they have proved till now as they have looted the wealth of these nations and at present they are giving a bad name to the Muslims by on one side creating mercenaries in the name of Jihadi who are beheading none other than the Muslims around the World and, on the other hand these Monarch are fanning sectarianism and are perfect example of Injutice , as the people of these nation suffers , while they enjoy all the luxuries at the cost of the citizens of these nations , who are living below the proverty line .

The Rape Victim Body of the Saudi Prince Khalid bin Sa’ad bin Abdul Aziz al-Saud

Nak jadi macam...


Saya ingin berkongsi dengan tuan-tuan mengenai buku terjemahan berjudul Warisan Shariati . bahagian yang mengujakan saya ialah ; “Shariati mendukung Islam sebagai ideologi yang revolusioner, terlepas dari kongkongan ajaran dogmatik yang jumud, kerana ajaran yang demikianlah, Islam telah membuktikan dinamismenya dan pernah berjaya membawa umatnya dari kongkongan belenggu kemunduran, penindasan, kezaliman dan kepura-puraan agama kepada masyarakat baru yang berasaskan keadilan, persamaan dan persaudaraan.”
“Pemikiran beliau, yang disampaikannya melalui ucapan dan karyanya, telah memberi satu dimensi baru kepada rakyat Iran, khususnya golongan muda, untuk menghadapi masalah mereka. Pemikiran inilah yang telah menjadi asas penting kepada kesedaran sosial dan politik masyarakat Iran sehingga mencetuskan Revolusi Islam yang berjaya dalam tahun 1979. Ali Shariati telah meneruskan semangat pemikiran tokoh-tokoh Islam abad ini – Afghani, Abduh, Iqbal.”

“Pemikirannya membawa nafas baru kepada agama Islam. Bagi kita di Malaysia, Shariati merupakan anugerah Tuhan yang mesti dimanfaatkan. Walaupun karyanya disulami dengan pengaruh masyarakat Iran dan mazhab Syiah, tetapi masih banyak persamaan persoalan pokok yang terdapat dalam kebanyakan masyarakat Islam yang sedang membangun dan mengalami proses pemodenan.” (Lihat Ahmad Shabery Cheek (penyunting), Mengapa Shariati dalam Warisan Shariati, Ikraq, 1987, Kuala Lumpur).

Ya, catatan di atas adalah nukilan Datuk Ahmad Shabery Cheek, dahulunya seorang pensyarah di Universiti Malaya (sekarang Menteri Komunikasi dan Multimedia), meneliti catatan beliau mengenai kekaguman beliau kepada Shariati dalam penulisannya menegaskan kepercayaan saya.

Shariati membuka laluan buat saya menempuh lebuhraya ilmu yang sampai sekarang tiada henti. Menurut Shariati, menjadi seorang cendekiawan sahaja belum memadai jika tidak menjadi ulul albab. Dan seorang ulul albab harus menjadi community builder. Umat dan masyarakat memerlukan pembangunan yang berkomunikasi langsung, terjun dalam kencah komunikasi besar yang memerlukan keterlibatannya.

Menekuni Warisan Shariati membolehkan saya merenung diri. Saya kini faham bahawa saya tidak boleh menjadi seorang yang biasa-biasa. 

Saya nak jadi macam Shabery Cheek! amacam ? boley?

Thursday, August 22, 2013

Sup Ayam Hari Ini


Tuan bukannya ahli politik. Mengapa tuan perlu menyimbah cuka pada makanan yang "pahit"?

Jika "pahit" itu tidak sesuai dengan lidah tuan dan tuan rasa masyarakat perlu disedarkan tentang "pahit" supaya mereka tidak makan, ceritalah yang sebenar dan sejujurnya. 

Bila tuan curahkan cuka berlebihan dan suruh masyarakat merasainya, makanan itu bukan lagi "pahit" tetapi sudah menjadi terlalu "masam". Sudah tentu mereka akan menolak sepenuhnya.

Saya bimbang ada sebahagian masyarakat yang "cerdik" mula berfikir dan bertanya mengapa makanan yang diketahui ramai sebagai "pahit" menjadi terlalu "masam". Tambahan pula di zaman "google" ini, maklumat sebenar mudah diakses. 

Saya bimbang, masyarakat mula mempertikaikan kredibiliti tuan dan mula meninggalkan tuan bila mereka tahu perkara sebenar. 

Kalau tuan ingin berpolitik pun, tindakan tuan itu boleh menghilangkan pengaruh kerana semakin ramai yang tidak percaya dengan tuan. 

Berbeza dengan tuan, saya suka ianya samada "pahit" atau "manis" kerana itulah ragam kehidupan yang sebenar. Kalau tidak mahu "pahit" tambahlah gula bukannya menyimbah cuka.





Tuan perlu berhati-hati bila membuat penyelidikan, jangan sampai hasil kajian mudah dipertikai dan tuan tiada hujah yang kuat untuk menyokong.

Kajian yang tuan ingin lakukan melibatkan kerohanian serta kepercayaan, paras teratas dalam neuro-logikal. Hasil kajian tuan akan mudah dipertikai jika tuan sekadar membaca kitab-kitab. 

Tuan perlu turun ke lapangan dan belajar dari ahlinya serta hidup bersama masyarakat tersebut untuk melihat, mendengar dan menjiwai kepercayaan serta amalan mereka.

Tuan tengok Profesor ini, dia habiskan 3 tahun hidupnya sebagai "sami" untuk menyelidik kehidupan sami Budha di Naratiwat. Setiap ritual dan amalan sami dilakukannya selagi tidak bercanggah dengan agama termasuklah berkepala botak, berpakaian seperti sami serta menghafal mantera mereka supaya dapat memahami kepercayaan dan amalan masyarakat tersebut. Hasil kajiannya boleh dipercayai. 

Tuan tengok pula artikel ini, baru seminggu penulis bersama masyarakat di Afrika sudah berani membuat rencana di majalah. Alat untuk memanggil ikan paus dikatakan sebagai alat musik tarian masyarakat tersebut. Ini contoh kajian lapangan tidak cukup masak.

Tuan tengok tulisan ini pula, penulis telah menghukum kafir pengikut satu fahaman dengan menyenaraikan kepercayaan dan amalan yang dipercayai "sesat", dikutip dari kitab-kitab tanpa menjalankan kajian lapangan. Sebahagian dari senarai tersebut adalah salah dan tidak berkaitan.

Sebagai penyelidik kita perlu bertanggung jawab atas hasil kajian terutamanya kepada yang di "atas" sana.

Saya tiada masalah seperti ini kerana kajian saya tidak melibatkan kerohanian. Tuan cuma perlu percaya hasil kajian saya tepat jika tidak jangan berteduh di bawah bumbung yang saya design.

Monday, August 12, 2013

Menjadi Emas Atau Arang?



Alangkah senangnya jika dilahirkan sebagai emas yang selalu diidam-idam dan dinanti-nantikan. Semua orang ingin menyentuh, memiliki dan sangat bangga bila berada dekatnya karena nilainya yang amat tinggi. Tidak hairan jika emas dianggap sebagai logam yang mulia, karena kedudukannya yang amat tinggi di mata manusia. Banyak sekali manusia bergaduh merebut dan tak jarang pula sampai berbunuhan.

Adapun jika dilahirkan sebagai arang, mungkin akan dihindari oleh setiap orang. Sejak lahir jangankan digendong, disentuh pun tidak kerana takut tercemar olehnya. Mengenai nilainya, jangankan satu gram, satu karung pun banyak orang mampu memilikinya. Kewujudannya pun tidak dirasakan.

Namun, semahal-mahalnya emas jika ia berada di lingkungan yang salah dia akan rosak. Emas bila terkena merkuri (air raksa) akan kehilangan nilainya. 

Adapun arang, apabila ia berada di tempat yang cuacanya sangat sejuk seperti di kutub utara, nilai sekarung arang mungkin jauh lebih berharga dari nilai sebukit emas.

* Lingkungan merupakan faktor yang penting, letakkan diri kita di lingkungan yang tepat.

Sunday, August 11, 2013

Mengapa Saya?



Arthur Ashe adalah pemain tenis kulit hitam dari Amerika yang pertama kali merebut gelaran "Grand Slam" dan memenangi US open (1968), Australia open (1970) dan wimbledon (1975).


Pada tahun 1979 dia terkena serangan jantung dan menjalani operation "by pass". Setelah 2 kali melakukan operation, dia terinfeksi Virus HIV melalui pemindahan darah yang diterima.

Seorang peminat menulis surat kepadanya, "Mengapa Tuhan memilihmu untuk menderita penyakit itu?"

Arthur menjawab: "Di dunia ini ada 50 juta orang yang ingin bermain tenis, di antaranya:

* 5 juta orang yang belajar bermain tenis
* 500 ribu orang belajar menjadi pemain tenis profesional
* 50 ribu orang datang ke arena untuk bertanding
* 5000 orang mencapai tournament Grand Slam
* 50 orang berhasil sampai ke Wimbledon
* 4 orang di semifinal
* 2 orang di final

Dan ketika saya mengangkat trofi Wimbledon, saya tidak pernah bertanya kepada Tuhan, "Mengapa saya yang menjadi juara?"

Jadi ketika saya dalam kesakitan, tidak seharusnya juga saya bertanya kepada Tuhan "Mengapa saya?".

Rouhani takes over the Iranian presidency


Hassan Rouhani
Hassan Rouhani takes over the office of the Presidency in Iran. There is a video of his comments after assuming office here.
For a wonderful overview of Rouhani’s background and how he managed to ride to ride to a decisive victory by having a united front of moderates and reformists (and ineptitude among the conservatives), see this essay.
Rouhani’s full speech is available here, so far in Persian.
He is a good example of an Iranian leader who recognizes the power of social media, on Facebook and Twitter.
He’s putting social media to good use: When Netanyahu false claimed that Rouhani had called for Israel’s destruction (thanks in no small parts to the error of one Iranian news agency), Rouhani calmly released the accurate video of his statement on Twitter, forcing Netanyahu to backtrack.
Hassan Rouhani, Iranian President
Hassan Rouhani, Iranian President from Rouhani's website.
You can follow some news and analysis of Rouhani taking office here using #Rouhani at Twitter. If you read Persian, follow #تحلیف.
His first statements towards the United States was an olive branch: 
The only way for interaction with Iran is dialog on an equal footing, mutual respect and reducing aggressiveness.”
There were representatives from over 50 countries present for Rouhani’s inauguration.
After 8 years of the bombastic Ahmadinejad, let us hope that Rouhani is able to move Iran towards a path of hope, reason, transparency, and accountability.


Thursday, August 1, 2013

Hidup Sekali Hiduplah Yang Bererti


"Sesungguhnya aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik. Bukan juga yang paling soleh, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan— Imam Hasan al-Basri

Cerita Seorang Sami



Seorang lelaki memandu kereta, tiba-tiba rosak berhampiran dengan sebuah biara.Beliau pergi ke biara tersebut, mengetuk pintu dan berkata, "Kereta saya rosak. Bolehkah saya menginap di sini malam ini?"

Ketua sami menerima tetamu tersebut, memberi makan dan juga membaiki keretanya. Ketika hendak tidur lelaki itu terdengar bunyi yang pelik dan memukau; bunyi yang tidak pernah didengar olehnya sebelum ini. Keesokan harinya, dia bertanya kepada sami-sami yang ada di situ mengenai bunyi tersebut, tetapi mereka berkata, "Kami tidak boleh beritahu kamu kerana kamu bukanlah seorang sami." Lelaki itu kecewa tetapi mengucapkan terima kasih dan meninggalkan tempat itu.  


Beberapa tahun kemudian, kereta lelaki yang sama rosak di hadapan biara itu.Ketua sami menerima lelaki itu lagi, memberi makan dan membaiki keretanya.
 
Pada malam itu, lelaki itu terdengar bunyi yang sama, pelik dan memukau
 minda.Keesokan harinya, dia bertanya mengenai bunyi tersebut, tetapi jawapan yang sama diberikan oleh sami-sami di situ, "Kami tidak boleh beritahu kamu kerana kamu bukanlah seorang sami." Lelaki itu berkata, "Saya sangat ingin tahu,bagaimana saya boleh menjadi seorang sami?"
 

Ketua sami berkata, "Kamu mesti berjalan di seluruh pelusuk bumi dan beritahu kami berapa banyak rumput dan batu yang ada di atas muka bumi. Apabila kamu tahu bilangannya, kamu boleh menjadi seorang sami."
 
Lelaki itu bersetuju untuk melakukan tugas itu kerana terlalu ingin mengetahui bunyi tersebut. 
 


Setelah 40 tahun mengembara, lelaki itu kembali dan mengetuk pintu biara. Beliau berkata, "Saya telah mengembara di seluruh pelusuk bumi dan menumpukan hidup saya untuk tugas mengira rumput dan batu. Saya telah temui apa yang kamu minta. Terdapat 371,145,236,284,232 helai rumput dan 231,281,219,999,129,382 batu di muka bumi ini."
 

Ketua sami berkata, "Tahniah! kamu betul dan sekarang kamu dianggap sebagai seorang sami. Mari saya tunjukkan bagaimana bunyi tersebut dihasilkan."
 

Ketua sami membawa lelaki itu ke sebuah pintu kayu dan berkata, "Sumber bunyi ada di sebalik pintu ini." Lelaki tersebut mencapai tombol tetapi pintu itu berkunci. Dia bertanya, "Boleh berikan saya kunci pintu ini?" Ketua sami memberikannya kunci dan pintu itu pun dibuka.
 

Di belakang pintu kayu ada sebuah pintu yang diperbuat daripada batu. Lelaki itu meminta kunci untuk pintu batu pula. Ketua sami memberinya kunci dan dia membuka pintu batu itu. Kemudian dia berjumpa dengan pintu yang diperbuat daripada Rubi pula. Sekali lagi, lelaki itu meminta kunci dan diberikan oleh sami tersebut. Di belakang pintu itu, ada pula pintu lain yang diperbuat daripada batu Nilam. Ketua sami memberikan kunci kepada pintu itu sehinggalah sampai ke pintu yang diperbuat daripada batu Zamrud, Perak dan Topaz.

Akhirnya, ketua sami berkata, "Ini adalah kunci kepada pintu terakhir."
 Lelaki itu terasa lega kerana berada di pintu terakhir. Dia membuka pintu dan di sebalik pintu itu dia terkejut kerana bunyi itu datangnya dari sumber yang amat pelik sekaliIanya merupakan sesuatu yang luar biasa dan menakjubkan.

 
"Saya 
tidak boleh beritahu anda apa yang lelaki itu nampak kerana ANDA BUKANLAH SEORANG SAMI. Jangan marah kepada saya sebab saya pun sedang mencari siapa yang mencipta cerita karut ini."