Wednesday, November 19, 2014

2 keping roti kosong..

2 Keping Roti Kosong - 1

"Tuan tidak kenal dia. Mengapa tuan belanja dia makan?"
Saya belanja diri saya sebenarnya. Mana tahu dengan bantuan saya yang kecil ini menjadi asbab untuk masuk syurga. 
"Takkan dengan belanja makan roti kosong dua keping dan kopi O sudah boleh masuk syurga, mudah sangat."
Bukan nilai luaran yang dilihat. Menderma 1 juta ringgit mungkin rendah nilainya dibandingkan dengan derma 10 ringgit jika niat dan pengorbanan diukur. Derma 1 juta dengan baki 10 juta berbeza dengan derma 10 ringgit dengan baki 1 ringgit.
Memberi minum seekor anjing menjadi asbab untuk seorang wanita jalanan masuk syurga. Tidak mungkinkah dengan 2 keping roti kosong membantu saya masuk syurga?
"errrm..."

2 Keping Roti Kosong - 2

"Nilai 2 keping roti kosong rendah bagi tuan. Saya percaya tuan mempunyai pekerjaan tetap. Apalah nilai 2 keping roti bagi tuan?"
Itu cuma sangkaan kamu. Orang bekerja tetap pun kadang-kadang sesak juga. 
Jika sumbangan itu rendah nilainya dalam pertimbangan Allah, mungkin ia menjadi shafaat jika orang yang saya bantu menjadi penghuni syurga.
Dia berdoa untuk saya, "Ya Allah! Orang itu telah memberi aku makan 2 keping roti di dunia dulu. Masukkanlah dia ke dalam syurga". Hajat ahli syurga diperkenankan Allah. Masih ada kemungkinan lagi, insyaallah.
"errm..."
(degil betul, nak juga syurga dengan derma seciput)

2 Keping Roti Kosong - 3

"Saya pun hendak masuk syurga juga. Saya belanja tuan makan ya!"

Alhamdulillah! Terima kasih. Saya cam muka tuan. Jika ditakdirkan masuk syurga saya doakan untuk tuan. Harap tuan pun begitu juga.

"Insyaallah. Doakan untuk saya."

(Untung tunai di dunia lagi. Belanja hamba Allah 2 keping roti kosong, Allah buka hati orang lain untuk belanja Murtabak Singapura untuk kita pula)

2 Keping Roti Kosong - 4

"Harap belanja saya itu boleh menjadi asbab atau shafaat untuk masuk syurga juga."

Insyaallah! Melabur dalam skim akhirat sentiasa untung. Jika tiada asbab atau shafaat pun, tuan masih boleh senyum lebar dengan janji Allah.

Apabila seseorang itu memberi makan kepada seorang muslim sehingga kenyang, Allah akan menyediakan 7 khandak (parit) antara dirinya dan api neraka.1 khandak itu bersamaan 500 tahun perjalanan dari api neraka.

"Subhanallah! Jika ini fadhilatnya, menyesal saya tidak mengamalkannya dari dulu."

(Indahnya menjadi seorang muslim)


2 Keping Roti Kosong - 5

"Wah! Dengan belanja seorang muslim makan roti kosong sudah dijauhkan dari api neraka sejauh 3,500 tahun perjalanan, beruntungnya."
Bertambah untung jika berdoa 3X, "Ya Allah! Jauhkan aku dari api neraka" kerana neraka pula akan berdoa, "Ya Allah! Jauhkan orang ini dari masuk ke dalam aku.
Semakin beruntung jika berdoa 3X, "Ya Allah! Masukkan aku ke dalam syurgaMu" kerana syurga juga akan berdoa supaya kita dimasukkan ke dalamnya.
"Mudahnya! Tetapi tidak ramai yang melakukannya."
Jika tuan ingin belanja orang makan sampai kenyang, saya boleh sediakan perut kosong untuk membantu. Banyak pahala tu!

2 Keping Roti Kosong - 6

"Ada lagi fadhilat lain?"

Soalan tuan menginggatkan saya kepada seseorang yang memberi makan kepada pelajar yang ditemuinya selepas solat Jumaat. Mereka dijemput ke rumahnya untuk makan tengahari. Semoga Allah melimpahkan rezeki dan menempatkannya di syurga.

Memberi makan kepada penuntut ilmu besar pahalanya terutama pada hari Jumaat.


5R - Tanda Ketakwaan

Ringan bangun solat
Rajin solat
Rasa diperhatikan 
Risau tidak beradab
Rimas buang masa

Monday, November 3, 2014

Salam Ashura..

Salam semua..


Dah lama tak menulis dalam blog ni.. Masa itu ada, tapi aku yang tak pandai menguruskan masa. Semenjak masuk balik ke Bahagian Perhubungan Korporat dan Antarabangsa ni,
hidup aku sedikit sibuk. Sibuk menguruskan hal ehwal pentadbiran bahagian aku.Tapi yang pastinya, aku takkan menjadikan alasan ini sebagai halangan untuk aku bersama keluarga. Dulu aku memang pentingkan kerja, tugasan, dateline... etc

Sekarang aku lebih aman, tenteram dan selesa walaupun kerja selalu datang
menyergah . Aku pasti yang membuatkan aku jadi begini kerana menitikberatkan 
perhubungan aku denganNya. 

Allah Azza Wajalla..

Allah bagi ketenangan kepada ku untuk meneruskan hidup. Allah bagi ketenangan bila aku mengadu padaNya. Terus terang katakan aku kini lebih menyayangi agama ku berbanding dahulu. 

Aku malu. Aku menyesal. Aku bertaubat kerana tidak menjadi seorang hamba yang mentaati perintahNya. Jauh menyimpang dari redhaNya. Kalau badan kita sakit kita dapat tahu sakitnya seperti demam, berhingus, pening dsbnya. Tapi bagaimana kita nak tahu sekiranya hati kita sakit? Kita akan dapat tahu apabila kita nak buat perkara baik, hati tak selesa. Bila nak buat perkara tak baik, hati rasa ok ja boleh buat tanpa ada rasa bersalah.

Ya Allah, aku mohon dijauhi sifat sebegitu..

Kepada tetamu yang hadir dan singgah di blog ini. Aku mendoakan kalian dalam sihat sejahtera dan berada dibawah redha Nya. Moga Allah memelihara aku dan kalian dibawah rahmatNya.


Moga dengan iktibar pada kejadian Hari Asyura ini meniupkan semangat dan jiwa aku untuk mencintai Nabi SAW dan keluarga Baginda dan memahami mesej yang disampaikan oleh cucu  Baginda SAW, anakanda Fatimah Az-Zahra dan Imam Ali yakni Imam Hussein.

Salam dan Solawat ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad  SAW dan ahli keluarganya.


Al-Fatihah.